BENDERA

Filed under by Puteri Islam on 2:17 AM

Nota:

· Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

· Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

· Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:
a) Bendera Negeri b) Bendera Malaysia c) Bendera PPIM

MOTO/COGANKATA

Filed under by Puteri Islam on 2:05 AM

BERILMU,
BERIMAN,
BERAMAL.

PENGERTIAN LOGO DAN WARNA PPIM

Filed under by Puteri Islam on 1:52 AM

PENGERTIAN LOGO
  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan:
  1. “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
  2. “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
  • Hijau : AgamaTaqwa sebagai TERAS
  • Putih : Kesucian
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

MATLAMAT

Filed under by Puteri Islam on 1:44 AM

a) Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
b) Mengukuhkan perhubungan dan pertalian sillaturrahim dalam kalangan puteri-puteri.
c) Meningkatkan minat dan bakat Puteri-Puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan university.
d) Meningkatkan disiplin Puteri-Puteri.
e) Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
f) Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

VISI DAN MISI

Filed under by Puteri Islam on 1:34 AM

VISI


I- Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip islam
II- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,emosi, sosial dan fizikal
III- Mempunyai rasa kasih dan hubungan sillaturrahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakatnya dan negaranya.


MISI


I- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan Hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
II- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada puteri-puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik minat.
III- Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

SULUH KATA

Filed under by Puteri Islam on 1:32 AM

P- Patuh kepada ibubapa
U- ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T- Taat kepada Allah dan Rasul
E- Erat Ukhuwah Islamiyah
R- Rela berbakti kerana Allah
I-Iman dipupuk ilmu dituntut

I-Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun)
S-Solat ditunai setiap waktu
L-Larangan Allah dijauhi
A-Akhlak mulia pengukuh keimanan
M-Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan.

IKRAR PUTERI

Filed under by Puteri Islam on 1:30 AM

bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan :-

· Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibubapa
· Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
· Membangunkan diri dengan sempurna
· Mengukuhkan sillaturrahim sesama puteri
· Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan Negara.

LAGU PUTERI

Filed under by Puteri Islam on 1:26 AM

Puteri lembaga islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan Negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan.


Puteri lembaga islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan Negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

OBJEKTIF

Filed under by Puteri Islam on 1:23 AM

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang ;-
· Taat kepada Allah, Raja dan Negara
· Berilmu
· Berakhlak mulia
· Berbakti kepada masyarakat


2. Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insane kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenal islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima ALLAH S.W.T dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat.


4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

FALSAFAH PPIM

Filed under by Puteri Islam on 1:21 AM

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.