UNTUK SEMUA.

Filed under by Puteri Islam on 4:05 AM

hari ni kami dah check buku log. ramai la jugak yg dah hantar. tp, ada jugak yg hantar tp xlengkap. at least hantarla jugak kn?? kpd sape2 yg xhntar lagi, ni yg nk kena gigit dan kena cubit..hoho. knapa?? x igt laporan perjumpaan la 2.. xpe, disebabkan ana syg puteri2 semua (ayt geli. HAHA) ana senaraikan tarikh perjumpaan.. sape yg x lengkap lagi 2, tolong ambik maklumat ni tau!!
Perjumpaan 1
Hari : RAbu
Tarikh : 21 Januari 09
Perjumpaan 2
hari : Sabtu
Tarikh : 7 Februari 09
Perjumpaan 3
Hari : Rabu
Tarikh : 25 Februari 09
Perjumpaan 4
Hari : Sabtu
Tarikh : 7 Mac 09
Perjumpaan 5
Hari : Rabu
Tarikh : 25 Mac 09
Perjumpaan 6
Hari : Sabtu
Tarikh : 18 April 09
Perjumpaan 7
Hari : Rabu
Tarikh : 22 April 09

BENDERA

Filed under by Puteri Islam on 2:17 AM

Nota:

· Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

· Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

· Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:
a) Bendera Negeri b) Bendera Malaysia c) Bendera PPIM

MOTO/COGANKATA

Filed under by Puteri Islam on 2:05 AM

BERILMU,
BERIMAN,
BERAMAL.

PENGERTIAN LOGO DAN WARNA PPIM

Filed under by Puteri Islam on 1:52 AM

PENGERTIAN LOGO
  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan:
  1. “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
  2. “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
  • Hijau : AgamaTaqwa sebagai TERAS
  • Putih : Kesucian
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

MATLAMAT

Filed under by Puteri Islam on 1:44 AM

a) Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
b) Mengukuhkan perhubungan dan pertalian sillaturrahim dalam kalangan puteri-puteri.
c) Meningkatkan minat dan bakat Puteri-Puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan university.
d) Meningkatkan disiplin Puteri-Puteri.
e) Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
f) Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

VISI DAN MISI

Filed under by Puteri Islam on 1:34 AM

VISI


I- Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip islam
II- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,emosi, sosial dan fizikal
III- Mempunyai rasa kasih dan hubungan sillaturrahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakatnya dan negaranya.


MISI


I- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan Hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
II- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada puteri-puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik minat.
III- Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

SULUH KATA

Filed under by Puteri Islam on 1:32 AM

P- Patuh kepada ibubapa
U- ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T- Taat kepada Allah dan Rasul
E- Erat Ukhuwah Islamiyah
R- Rela berbakti kerana Allah
I-Iman dipupuk ilmu dituntut

I-Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun)
S-Solat ditunai setiap waktu
L-Larangan Allah dijauhi
A-Akhlak mulia pengukuh keimanan
M-Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan.