JAMBORI 2009

Filed under by Puteri Islam on 7:32 AM

Assalamualaikum semua..
tahniah buat semua ahli PPIM.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
kejayaan kita tempoh hari bukanlah sesuatu yg perlu dibanggakan sgt..
kita sang pengusaha, Dia sang penentu ..
t.kasih utk Anis khususnya, dan semua ahli amnya..
.
bersama ni, ana sertakan gambar sekitar hari JAMBORI hari tu..
ha, lagi sekali ana mohon maaf utk apa2 ksalahan..
selamat maju jaya utk semua..
.
ana ada tawaran ni, utk F3 thn ni! (klu ada yg baca la) dan ana serius..!!
ana mohon maaf thn ni, blog ni x aktif sgt..(tp, aktifla jgk..ceh)
jd utk thn dpan, prncgn awal, ana mmg perlukan org yg betul2 bleh beri komitmen utk update blog ni setiap selepas perjumpaan. lengkap utk setiap tingkatan.. memudahkan jgk utk buku log..
thn depan ana akn labih tegas utk bku log, i.A..
dan yg lebih diharapkan, PPIM akn terus aktif.. bkn utk blog sahaja, tp utk segenap aspek.
dan.. war-warkanlah serta manfaatkan blog kita nih..hehe ;)
layan gambar2 nih..

(comel je piala pusingan nih..hehe)

(huh, tersepit2..haha)
(tulang blkg PPIM. mmg layak jd peserta terbaik.. hehe)(berlatih..last minit??)(ikatan)
(tgklah.. tali pun nak pink.. sape ajr nih?? hehe)(mmg mencabar, masakan..hujan..ujian.. biar susah sikit.. ;))(praktikal.. apa nk buat klu kyu api basah??)(sembelih ikan ke? bismillahi allahuakbar.. hhe)(periuk nasi)(mask ke tuh??aiyoyo)(lah, masak pakai lilin askar je?? ha,, ayokk..)(inilah hasilnya.. penambat hati juri.. full mark tuh. eh, nasi mana??)(kawad kaki.. laporan)(pesaing.. kadet remaja sekolah. KRS)(ni, bukan betul2.. latihan baru..)(xckup lurus ni..hoho)( ke kanan lurus)(kawad statik..panaskan badan la katakan)(yg paling penting... DOA itu senjata..)
sekian,
17 November 09,

UNTUK SEMUA.

Filed under by Puteri Islam on 4:05 AM

hari ni kami dah check buku log. ramai la jugak yg dah hantar. tp, ada jugak yg hantar tp xlengkap. at least hantarla jugak kn?? kpd sape2 yg xhntar lagi, ni yg nk kena gigit dan kena cubit..hoho. knapa?? x igt laporan perjumpaan la 2.. xpe, disebabkan ana syg puteri2 semua (ayt geli. HAHA) ana senaraikan tarikh perjumpaan.. sape yg x lengkap lagi 2, tolong ambik maklumat ni tau!!
Perjumpaan 1
Hari : RAbu
Tarikh : 21 Januari 09
Perjumpaan 2
hari : Sabtu
Tarikh : 7 Februari 09
Perjumpaan 3
Hari : Rabu
Tarikh : 25 Februari 09
Perjumpaan 4
Hari : Sabtu
Tarikh : 7 Mac 09
Perjumpaan 5
Hari : Rabu
Tarikh : 25 Mac 09
Perjumpaan 6
Hari : Sabtu
Tarikh : 18 April 09
Perjumpaan 7
Hari : Rabu
Tarikh : 22 April 09

BENDERA

Filed under by Puteri Islam on 2:17 AM

Nota:

· Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

· Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

· Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:
a) Bendera Negeri b) Bendera Malaysia c) Bendera PPIM

MOTO/COGANKATA

Filed under by Puteri Islam on 2:05 AM

BERILMU,
BERIMAN,
BERAMAL.

PENGERTIAN LOGO DAN WARNA PPIM

Filed under by Puteri Islam on 1:52 AM

PENGERTIAN LOGO
  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan:
  1. “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
  2. “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
  • Hijau : AgamaTaqwa sebagai TERAS
  • Putih : Kesucian
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

MATLAMAT

Filed under by Puteri Islam on 1:44 AM

a) Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
b) Mengukuhkan perhubungan dan pertalian sillaturrahim dalam kalangan puteri-puteri.
c) Meningkatkan minat dan bakat Puteri-Puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institusi, maktab, kolej dan university.
d) Meningkatkan disiplin Puteri-Puteri.
e) Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
f) Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

VISI DAN MISI

Filed under by Puteri Islam on 1:34 AM

VISI


I- Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip islam
II- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,emosi, sosial dan fizikal
III- Mempunyai rasa kasih dan hubungan sillaturrahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakatnya dan negaranya.


MISI


I- Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan Hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-program yang dijalankan.
II- Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada puteri-puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik minat.
III- Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.